JUMPA KAMI DI MAHA 2012!

Friday, November 16, 2012

PEMBEKAL DAGING ARNAB DAN SATAY ARNAB

Assalamualaikum...


Tahukah anda,tahap kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kesihatan semakin meningkat saban tahun?Pelbagai penyakit yang suatu ketika dahulu asing di kalangan rakyat Malaysia sudah menjadi penyakit yang kritikal di negara kita.Kekerapan pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan kolesterol yang tinggi serta serat yang rendah melemahkan sistem imun badan kita.

Tahukah anda yang DAGING ARNAB mempunyai kebaikan yang lebih berbanding daging haiwan lain seperti ayam,kambing dan lembu?Daging arnab lebih rendah lemak dan diperakui mempunyai rasa yang lebih enak dan mempunyai khasiat tersendiri untuk kesihatan lelaki terutama dari segi batin.Sebab apa?Menurut sebuah penyelidikan yang dijalankan di Bandung,Indonesia daging arnab mempunyai kadar protein yang tinggi dan asid lemak tak tepu yang mampu diserap terus oleh badan manusia.

Jadi............tanpa berlengah,apa kata hari ini kita tukar diet protein kita kepada daging arnab.Susah dapat pembekal/penjual daging arnab?Jangan risau...kami adalah pembekal arnab sepanjang tahun.Jadi,tunggu apa lagi...DAPATKAN SEGERA!!


TIADA LEMAK DAN TINGGI PROTEIN!
SATAY JUGA BOLEH DIDAPATI.SEDAP DAN ENAK!
SEGAR DAN PENUH KHASIAT!


GABUNGAN RASA YANG TERBAIK

UNTUK  TEMPAHAN,SILA HUBUNGI :

TUAN HAJI ISMAIL PADIL

019-2206135

P/S: Daging arnab kehabisan stok sehingga Disember 2012.Nantikan stok baru pada Januari 2013!


MENGENAL JANTINA ARNAB

Assalamualaikum...

Ramai penggemar arnab di luar sana yang selalu mengalami masalah untuk mengenal pasti jantina arnab yang dibela.Kadang-kadang,jika kita bertanya kepada penjual adakalanya jantina yang dikenalpasti adalah salah.Kalau kita sudah mahir mengenalpasti jantina arnab,maka senanglah kerja kita di kemudian hari untuk merancang pembiakan arnab,kawalan mutu terhadap arnab yang hendak dibiakkan dan merancang bilangan produktiviti setiap ternakan.Jadi,hari ini saya akan berzakat ilmu untuk penggemar-penggemar arnab di luar sana cara-cara memastikan arnab kita adalah jantan ataupun betina.

Baiklah,jantina arnab boleh dikenalpasti dengan melihat kepada organ reproduction (pembiakan/kelamin). 


Arnab jantan.Pundi testis tidak kelihatan.Tapi,alat kelamin yang lebih menonjol berbanding arnab betina.Bonjolannya yang lebih bulat


Arnab betina mempunyai bonjolan yang hampir tiada dan di bahagian tengah ada celah (vulva) yang memanjang.

Proses mengenalpasti jantina arnab boleh dilakukan seawal umur 7 hari.Tetapi,kebiasaannya kita akan memeriksanya untuk kali kedua pada umur 2 bulan kerana pundi testis arnab lebih jelas kelihatan.

Jadi,para pemelihara arnab yang mahu belajar mengenalpasti boleh cuba-cuba sendiri dan berjaya membiakkan arnab dengan cara yang betul.

p/s: jangan kahwinkan arnab terlalu muda takut anak yang keluar akan menjadi kerdil.

Monday, April 23, 2012

UBAT & RACUN- BHGN 2

ENROFLOXACIN untuk penyakit berjangkit yang disebabkan oleh mikroplasma seperti CRD,Salmonellosis,Colibacillosis dan palbagai lagi.

ENROFLOXACIN


MAGKIL UNTUK LUKA BIASA DAN YANG BERULAT


JARUM SUNTIKAN (0.45 X 13mm)


JARUM SUNTIKAN (0.50 X 25mm)


SYRINGE

DORAMEC

YAKULT..hehehe...

NEO-TM
BOVIMEC

PROXIFEN 23 L.A UNTUK MASALAH KERADANGAN

RACUN SERANGGA

Penerangan bagi setiap ubat akan ditulis di lain hari ye...Kena buat kajian sikit baru boleh bagi sedikit maklumat

P/S: Pihak kami hanya menyiarkan antara ubat-ubatan yang terdapat di ladang kami.Sebarang pembelian dan penggunaan ubat-ubatan dan racun  adalah tanggungjawab anda.Sila semak dengan Pusat Racun Negara untuk maklumat lanjut.

UBAT & RACUN - BHGN 1

OXYTETRACYCLINE DIHYDRATE


SYAMPU WANGI...

GARLON 250



OXYTOKEL

BEACOLYTIC

BENGY VITAMIN

STRESS RELIEVER

TERRAMYCIN
PROMOTOR "L"


P/S: Pihak kami hanya menyiarkan antara ubat-ubatan yang terdapat di ladang kami.Sebarang pembelian dan penggunaan ubat-ubatan dan racun  adalah tanggungjawab anda.Sila semak dengan Pusat Racun Negara untuk maklumat lanjut.

Sunday, March 11, 2012

JADUAL KERJA DI REBAN ATAU BANGSAL ARNAB

Anak-anak arnab Flemish Giant

 Mungkin ramai penternakan arnab di luar sana samada secara sampingan atau komersil yang mungkin keliru untuk memberi makan arnab-arnab kesayangan anda mengikut waktu yang sesuai dengan keperluan arnab.Di sini,kami ingin berkongsi sedikit pengetahuan tentang jadual pemberian makan arnab. 




MASA
KEGIATAN
< 8.00 a.m
Reban arnab dibersihkan.Kotoran dan najis disapu.Lantai dan dinding reban perlu dibersihkan

10.00 a.m
Pemberian makanan pertama berupa pelet atau konsentrat yang dicampur dengan sedikit garam dan air.Setiap ekor arnab dewasa diberikan 100 gram makanan.Pemberian konsentrat ini juga boleh digantikan dengan hampas tauhu,hampas kacang, hampas kelapa atau biji-bijian yang telah dikisar atau ditumbuk sehingga halus.

1 p.m
Pemberian makanan berupa rumput segar atau bahan makanan hijau yang lain.Seekor arnab dewasa akan diberikan 0.5 kg makanan.

6 p.m
Pemberian makanan berupa rumput segar atau bahan makanan hijau yang lain banyak mengandungi serat kasar. Jumlah pemberian adalah 1 kg atau lebih bagi setiap seekor arnab dewasa.

Thursday, September 29, 2011

MUSIM BARU SUDAH TIBA...

Apa khabar para pencinta arnab diluar sana?Lama sungguh saya tidak mengemaskinikan blog ni.Macam-macam yang berlaku di ladang Taman Arnab Bukit Badong tapi tiada kesempatan untuk menceritakannya.Apa lagi yang saya belum maklumkan kepada anda tentang perihal menjaga arnab.Mungkin di lain entry saya akan berkongsi jenis - jenis ubat,vitamin dan keperluan penjagaan arnab.Entry kali ini mungkin pencinta-pencinta arnab mahu melihat perkembangan terbaru di ladang.Memandangkan gambar lebih menarik,biarkan gambar sahaja yang memberitahu anda...


Hai...saya Abu.Saya baru di sini.Sila beri tunjuk ajar...(^v^)
Memandangkan tahun 2011 semakin hampir ke hujungnya, tuan punya ladang mula mengembang-biakkan arnab-arnab dari jenis arnab perhiasan/peliharaan.Selalunya stok permintaan untuk arnab perhiasan semakin meningkat di awal tahun sebagai hadiah untuk anak-anak dan juga diri sendiri.


Okey...jangan tak tahu,Ladang Taman Arnab Bukit Badong sudah ada koleksi haiwan baru!.



 Kepada para pengunjung taman ini, kalau mahu mencuba aktiviti lain selain bermain dengan arnab,anda boleh mencungkil bakat menunggang kuda.Jangan risau, kuda ni kuda yang terlatih dan jinak.Sudah teruja??Mari ke ladang la,kawan...



Kepada penggemar2 daging arnab,serahkan kepada para penyembelih terlatih di ladang untuk menyediakannya.Arnab yang disembelih adalah daripada spesis New Zealand White.Jangan risau,arnab jenis ini memang dipelihara untuk daging dan bulunya.



 
Hohoho...semangat antarabangsa!They said they would come again just to play with the rabbits and feed them.Mari!Mari!



He3...Lastly,tengoklah tauke ladang sedang sibuk bergurau dengan arnab-arnab dari spesis Anggora.





P/S: Sehingga hujung tahun ini,stok untuk spesis Angora masih banyak di ladang kami.Silakan datang ye...Cepat rebut sementara stok masih ada...

Thursday, May 19, 2011

KANDUNGAN ZAT DAGING ARNAB

Tok Janggut kegembiraan dengan sate arnab dan rendang arnab.Nice one!

Bagi sesiapa yang belum lagi mengetahui kebaikan kandungan nutrien di dalam daging arnab,carta di bawah mungkin sedikit sebanyak membantu anda membuat perbandingan di antara daging arnab dan daging-daging lain.Daging arnab memang lebih berkhasiat dan selain seronok menternak mereka yang gebu dan comel,anda juga dapat kebaikan kandungan nutrien di dalamnya.

Sumber : Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat (USDA)

Jenis daging
Protein %
Lemak %
Kalori
Arnab
20.8
10.2
795
Ayam
20.0
11.0
810
Lembu muda
18.8
14.0
910
Ayam belanda
20.1
22.2
1190
Kambing biri-biri muda
15.7
27.7
1420
Lembu
16.3
28.0
1440
Khinzir
11.9
45.0
2050

Daging arnab boleh dijadikan sebagai sumber makanan berasaskan daging yang mempunyai sumber protein yang tinggi dan kandungan lemak yang rendah.Daging arnab juga boleh dimasak mengikut kesukaan selera makan anda seperti juga daging - daging lain .Semoga anda juga dapat menikmati keenakan daging arnab ini yang mempunyai persamaan rasa seperti daging ayam, Cuma daging arnab sedikit tawar dan kami mencadangkan kepada anda untuk memasak daging arnab secara berkuah ataupun tumis dengan rempah yang banyak.Jika digoreng atau panggang,kemanisan daging kurang dirasai.Semoga berjaya dengan resepi anda!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...