JUMPA KAMI DI MAHA 2012!

Tuesday, May 17, 2011

JENIS-JENIS ARNAB KELUARAN LADANG - 2

BAKA PERHIASAN

1) ANGORA

* Untuk mengetahui jenis dan harga Anggora yang terdapat di ladang,sila hubungi Tuan Haji Ismail Padil.Stock for availability.

Asal : Turki
Berat :  Bergantung kepada jenis Anggora.Kebiasaannya ialah 2 - 4 kg.

 

Ciri - ciri : 
  • Bulu : Tebal dan lembut. Sesuai dijadikan produk berasaskan bulu.
  • Kawasan yang tidak mempunyai bulu lebat adalah di bahagian muka iaitu hidung dan mulut.
  • Ciri-ciri lain bergantung kepada 4 jenis baka Angora yang utama iaitu English Angora, French Angora, Giant Angora dan Satin Angora.
Keistimewaan : Arnab Angora aktif, suka bermain dan sosial dan juga mempunyai pelbagai personaliti yang menarik. Mereka suka jika perhatian tuan punya diberikan kepada mereka dan suka berkawan dengan arnab yang lain.Kebanyakan arnab ini yang tinggal di kawasan dalam rumah akan berkawan baik dengan haiwan peliharaan lain seperti kucing dan boleh tidur bersama-sama. Mereka juga suka jika diberikan mainan yang lembut berunsurkan getah dan kain seperti sarung tangan lama.




2) LION HEAD




Asal : Belgium
Berat : 1 - 2 kg

Ciri - ciri :

  • Berbulu panjang di sekitar muka dan hampir menyerupai bulu tengkuk singa jantan.
  • Kaki dan badan yang sederhana besar.
  • Telinga yang lebih pendek dan tebal berbanding arnab jenis lain.
  • Kepala yang bulat dan bersaiz kecil.
  • Mempunyai 2 jenis yang ketara iaitu Single Mane dan Double Mane.Single Mane (Mm) mempunyai bulu tengkuk di sekeliling kepala,telinga dan dagu dan kadangkala di bahagian dada.Selalunya bulu tengkuk mereka akan berkurangan apabila meningkat dewasa.
  •  Double Mane (MM) mempunyai bulu tengkuk yang sama di bahagian kepala dan kadangkala di bahagian belakang ,ekor dan pinggul.
Keistimewaan : Jinak dan aktif.Sangat cantik jika dijadikan arnab perhiasan.

3) HOLLAND LOPS


Asal : Belanda
Berat : 1.8 kg +-

Ciri - ciri :

  • Saiz yang kompak dan warna bulu yang cantik
  • Telinga yang berlainan daripada arnab-arnab yang lain iaitu jatuh ke bawah.
  • Badan : Sedikit berotot,dada yang sedikit ke dalam dan kaki yang pendek dan tebal.
  • Warna yang paling banyak untuk jenis ini ialah tortoise,pecahan hitam,hitam,dan pecahan jingga.
  • Mata : Biru dan merah delima.
  • Muka : Bulat dan comel.

Keistimewaan : Arnab Holland Lops mempunyai sikap yang lemah-lembut sapadan dengan saiznya yang kecil.Sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan di luar ataupun di dalam rumah.Tetapi jika diletakkan di dalam rumah, pastikan mereka tidak terjerat dengan sebarang wayar yang berselirat,tumbuhan beracun dan binatang peliharaan lain seperti kucing disebabkan saiznya yang kecil.


4) NETHERLAND DWARF


Asal : Belanda
Berat : 1.1 kg


   
  Ciri -ciri :
  • Saiz : Lebih kurang 5-7 inci.
  • Seperti bentuk Guinea Pig
  • Muka : Bulat dan pendek.
  • Badan : Kepala dan mata seimbang dengan bentuk dan kadar saiz badannya.Keadaan ini adalah disebabkan kekerdilan dalam gen arnab jenis ini.
  • Telinga : Kecil dan terletak sedikit tinggi di bahagian atas kepala.
Keistimewaan : Comel dan senang dipegang.Mudah di jaga dan di bawa ke mana sahaja.Jinak tetapi sedikit takut dengan manusia untuk pertemuan pertama kali.


*Gambar-gambar arnab di atas adalah daripada arkib Ladang Taman Arnab Bukit Badong.Produk yang dipamerkan mungkin sudah dijual ataupun di tempah oleh pelanggan.Tuntutan dan pertanyaan mengenai arnab di dalam gambar di atas adalah bergantung kepada stok.Sekian,terima kasih daun keladi....:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...