JUMPA KAMI DI MAHA 2012!

BERITA ARNAB

 TAMAN ARNAB BUKIT BADONG

Tuesday, December 22, 2009

MINGGUAN METRO

Arnab isi kantung Ismail

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB mohdazam@hmetro.com.my




ASALNYA bidang ternakan bukan minatnya, namun disebabkan bosan duduk di rumah selepas bersara daripada sebuah syarikat swasta, bidang yang dulunya bukan pilihan kini menjadi perniagaan yang digemarinya.Namun bak pepatah 'belum cuba, belum tahu... sudah cuba, baru tahu', bidang penternakan yang disertai bagi mengisi masa terluang itu bertukar menjadi bidang perniagaan apabila syarikatnya kini aktif membiakkan pelbagai baka arnab bagi bekalan daging secara komersial selain haiwan peliharaan.











Dengan bermodalkan 40 arnab, Mohd Ismail Padzil, 56, yang memulakan ternakan arnab pada Mac lalu, kini memiliki 1,500 induk arnab pelbagai jenis dengan keupayaan membekalkan 1,000 setiap bulan.Mengimbas semula pembabitannya, Pengarah Urusan One Stop Rabbit Farm & Trading (1SRFT), Mohd Ismail Padzil, berkata penternakan arnab diceburinya bermula apabila tidak senang duduk di rumah tanpa melakukan pekerjaan selama enam bulan.Dalam mencari-cari aktiviti sesuai untuk dilakukan, dia memutuskan untuk meninjau bidang penternakan, termasuk ayam, kambing dan lembu sebelum akhirnya meninjau bidang penternakan arnab."Sebenarnya penternakan bukan bidang yang saya minati, dan saya tidak pernah merancang atau terfikir untuk mengusahakannya ketika bekerja dulu."Namun disebabkan tidak betah duduk di rumah lepas bersara, saya tinjau sebarang aktiviti bagi memenuhi masa terluang sebelum memilih bidang penternakan dan menyertai beberapa bengkel serta kursus mengenainya," katanya.


Melalui kursus serta bengkel disertainya, Mohd Ismail memilih untuk membabitkan diri dalam penternakan arnab selepas mendapati haiwan itu lebih mudah diternak berbanding haiwan lain selain tempoh pembiakannya cepat.Bagaimanapun, baru lima bulan membiakkan baka terbabit, beliau mendapati bidang penternakan arnab ada potensi untuk dikembangkan secara komersial sama ada bagi daging atau haiwan peliharaan.Ini kerana tidak ramai penternak membiakkan arnab secara komersial selain wujud permintaan tinggi terhadap daging haiwan itu sendiri."Waktu lima bulan pertama terbabit dengan penternakan arnab, saya dapati wujud permintaan tinggi bagi memasarkan dagingnya di negara ini, lebih-lebih lagi kurangnya penternak bergiat secara serius dalam menternak haiwan ini dan jika adapun, kebanyakannya bukan Bumiputera."Bila ternakan saya berjaya menghasilkan 400 arnab dalam tempoh lima bulan pertama, saya terus bercadang menambah lagi baka baru, termasuk baka arnab daging dan baka arnab peliharaan," katanya.


Ketika mula-mula mengusahakannya ternakan itu beliau hanya memiliki empat jenis baka arnab, tetapi kini baka arnab dimilikinya mencecah 11 jenis iaitu enam jenis baka arnab daging manakala lima lagi baka arnab peliharaan selain beberapa baka campuran yang disilangkan antara baka yang ada.Baka arnab terbabit dari jenis New Zealand White, Flemish Giant, California White, Chinchilla, Dutch dan Lion Head bagi jenis baka arnab daging, sementara bagi baka arnab peliharaan pula daripada Angora, Lion Head, Holland Lop, French Lop, Jersey Wobley dan Hotot.Bukan senang hendak senang.


Ketika mula-mula terbabit dalam bidang berkenaan, Mohd Ismail mengakui menghadapi beberapa masalah berikutan arnab dibiakkan menghidap penyakit, termasuk berkudis di badan.Bagi mengatasi masalah itu, dia mengeluarkan kos tambahan bagi merawat arnab diternak selain menambah beberapa sangkar peliharaan khas untuk mengasingkan arnab yang sakit daripada menjangkiti arnab lain."Arnab ini sensitif, jadi bila ada seekor yang sakit kita terpaksa kuarantin yang sakit itu di tempat khas untuk mengelak jangkitan penyakit kepada yang lain."Setiap arnab yang lain pula terpaksa diberi rawatan awal bagi mengelak turut terkena jangkitan," katanya.Mohd Ismail berkata, selepas enam bulan menceburi bidang penternakan arnab, dia mampu menyelesaikan beberapa masalah, terutama kesihatan ternakannya, malah jumlah arnab dibiakkan turut berkembang sehingga 900 ekor.


Disebabkan perkembangan positif daripada 'aktiviti' barunya, dia mengambil keputusan mewujudkan sebuah syarikat yang menghasilkan arnab secara komersial di bawah nama One Stop Rabbit Farm & Trading, yang didaftarkan pada 9 September lalu.Sehingga kini, iaitu dalam tempoh 10 bulan terbabit dalam bidang ternakan arnab, jumlah ternakannya meningkat kepada 1,500 ekor dan memperoleh pulangan sehingga RM20,000 bagi setiap arnab dijual sama ada bagi membekalkan daging atau dijual sebagai haiwan peliharaan.Setiap arnab dihasilkannya dijual mengikut kadar harga berbeza bergantung kepada jenis baka arnab berkenaan. Bagi arnab yang dijual sebagai haiwan peliharaan, harganya boleh didapati daripada serendah RM100 manakala bagi arnab daging pula, ia dijual sebanyak RM38 bagi setiap kilogram."Di sini kami turut menjalankan proses penyembelihan arnab mengikut hukum syarak dan ia dijamin halal bagi memudahkan pembekalan daging haiwan berkenaan."Namun jika ada pelanggan mahukan hidup-hidup tanpa disembelih, harganya pula berbeza," katanya.


Mohd Ismail berkata, tempoh membiakkan arnab yang lebih cepat berbanding haiwan ternakan lain menjadi faktor ternakan terbabit mudah dibiakkan.Selain itu saiz arnab yang lebih kecil menyebabkan ia boleh dibiakkan dalam sangkar tanpa memerlukan kawasan pembiakan besar, sekali gus memudahkan pengurusan ternakan berkenaan.




Profil :
NAMA: Mohd Ismail Padzil
USIA: 56 tahun
ASAL: Kampung Bukit Badong, Kuala Selangor
JAWATAN: Pengarah Urusan
STATUS: Berkahwin
ISTERI: Siti Rafiah Sulaiman
ANAK: Mohamad Azam (21) 


___________________________________________________________________________________

MAJALAH JUTAWAN (Wadah Informasi Usahawan) 
Oktober 2010
Jejak Jutawan pg-50
Teks: Yuswahida Mat Yusope

ARNAB BERPOTENSI UNTUK KEPASARAN LUAR

       Biarpun bidang penternakan bukanlah merupakan munat asal,namun dek kerana bosan tanpa melakukan sebarang aktiviti selepas bersara membuatka Mohd Ismail Padzil,57 memilih untuk mengusahakan ladang ternakan arnab.Penglibatan secara tidak langsung itu akhirnya membuatkan anak kelahiran Kuala Selangor ini mula menunjukkan minat yang serius apabila usahanya kini kian menampakkan hasil.
       Pada asalnya,dia sendiri tercari-cari kerjaya apakah yang boleh dilakukan bagi mengisi masa lapang yang ada.Kebetulan ketika itu Ismail sering mengikut rakan-rakannya membuat lawatan ke ladan-ladang ternakan lembu,kambung,ayam,itik, ikan dan juga arnab.Ketika itulah Ismail merasakan yang arnab lebih sesuai dan senang dipantau.
       Bermula dari situ juga Ismail sentiasa mengikuti kursus serta bengkel bagi menimba ilmu tentang penternakan haiwan.Bermula dengan hanya 60 ekor arnab,selepas 2 bulan kemudian Ismail menambah baka arnab sebanyak 100 ekor lagi daripada beberapa pembekal dan kini berkembang sehingga lebih 4000 ekor.
       "Kalau nak dikutkan saya memang tidak terfikir langsung untuk terjun dalam bidang penternakan.Saya mula terfikir untuk lakukan aktiviti bagi mengisi masa lapang sebab sudah bosan duduk di rumah. Ketika itulah saya terfikir berkenaan bidang ini kerana seorang sahabat saya juga sudah berjaya dalam bidang yang diterajui.





       Jadi tiada sebab untuk saya menolak setelah melihat ada potensi untuk mengembangkan perniagaan saya dalm bidang penternakan arnab.Saya bukan setakat menjual arnab pedaging,malah turut membuka Taman Arnab untuk dilawati oleh orang ramai.Kiranya ini lebih kepada mini zoo.
       Sebenarnya tidak terlntas pula untuk membuka Taman Arnab tetapi memandangkan saya mempunyai tanah atau kawasan yang luas,jadi saya mula mencari idea bagaimana untuk mengembangkan perniagaan selain hanya tertumpu kepada penjagaan dan penjualan arnab.
       Pengunjung yang datang ke Taman Arnab Bukit Badong,Kuala Selangor ini bukan hanya dapat melihat gelagat pelbagai spesis arnab sahaja,malah haiwan-haiwan lain juga seperti burung merak dan merpati,aksi dan gelagat monyet,aktiviti berkuda,ikan,kura-kura dan akan menambah pelbagai jebis haiwan lain lagi dalam masa terdekat," jelas bapa kepada seorang anak tunggal lelaki ini.
       Apa yang mebuatkan anak kelahiran Kuala Selangor ini mula menaruh minat terhadap penternakan ini kerana ianya tidak seperti haiwan-haiwan yang lainnya.
       "Haiwan ini nampak cantik di mata saya dan amat sesuai dengan jiwa.Selain pengurusannya yang mudah,kandangnya juga tidak berbau jadi senang untuk dibersihkan.Lalat juga tidak banyak dan itu juga membuatkan saya semakin tertarik dengan haiwan ini.
       Jangka hayat arnab ini biasanya sehingga umur lima tahun.Malah bagi arnab betina ianya boleh melahirkan anak dalam tempoh setahun," jelas Ismail yang dibantu oleh enam orang pekerja.
       Bercerita mengenai penternakan arnab,Ismail berkata haiwan ini juga jenis mudah dijaga dan senang diternak berbanding haiwan lain selain tempoh pembiakannya yang cepat.Biarpun baru beberapa bulan aktif dalam bidang penternakan arnab ini,Ismail melihat ianya mempunyai potensi untuk dikembangkan secara komersil selain mempunyai permintaan yang tinggi terhadap daging haiwan tersebut.
      "Saya lihat ada permintaan yang tinggi terhadap daging arnab dan itu sedah membuatkan keyakinan semakin bertambah apatah lagi bila melihat kurangnya penternak bergiat secara serius dalam menternak haiwan ini dan jika adapun,kebanyakannya bukan orang Islam.
      Jadi saya berhasrat untuk mengedarkan daging arnab ini bukan hanya di dalam negara kita tetapi juga ke negara-negara luar.Di sini,kami turut menjalankan proses penyembelihan arnab mengikut hukum syarak dan ia dijamin halal bagi memudahkan pembekalan daging haiwan ini.Insya-Allah,apa yang saya harapkan bukan setakat ini saja kerana kami juga sedang dalam proses memasarkan rendang arnab sejuk beku,"jelasnya lagi.
      Tempoh pembiakan arnab yang lebih cepat berbanding haiwan lain menjadikan ternakannya lebih mudah dibiakkan dengan pantas.Saiz arnab yang kecil juga menyebabkan ianya boleh dibiakkan di dalam sangkar tanpa memerlukan kawasan pembiakan besar,sekaligus memudahkan segala urusan ternakan berkenaan.
      Malah,ketika awal pembabitannya dalam bidang ini, Ismail akui menghadapi beberapa masalah berikutan arnab yang dibiakkan dihinggapi penyakit.Namun,semua itu dapat ditanganinya secepat mungkin.
     "Arnab ini agak sensitif sikit jadi jika ada antaranya yang sakit kita terpaksa asingkan supaya ianya tidak berjangkit dengan yang lain.Malah,arnab yang lainnya pula kita terpaksa berikan rawatan awal supaya tiada tanda-tanda jangkitan berlaku.
      Pada awalnya memang bermacam-macam masalah yang dihadapi,namun lama-kelamaan saya sudah boleh mengatasinya sebaik mungkin.Kini,setelah melihat perkembangan yang baik saya juga telah menubuhkan sebuah syarikat bagi pelengkap segala urusan berkaitan penternakan arnab iaitu One Stop Rabbit Farm & Trading (1SRFT),"jelas Ismail lagi.
     Kini 1SRFT lebih memberi perhatian kepada aktiviti penjualan baka-baka kepada penternak dan peminat arnab,menjual daging segar kepada orang tengah dan juga pembuat-pembuat sate selain menarik ramai masyarakat mengunjungi Taman Arnab Bukit Badong.
     "Saya mempunyai impian yang tinggi bila mula-mula menceburi bidang bidang ini.Kalau boleh saya mahu menjadi perintis sebagai pengeluar produk makanan berasaskan daging arnab secara halal pada masa depan.Ianya tidak mustahil saya capai kerana sehingga kini apa yang saya lihat tiada syarikat Bumiputera lain yang aktif menternak arnab secara komersil dalam kuantiti yang besar.
     Saya percaya,jika saya boleh mengembangkan lagi bidang penternakan ini,1SRFT bakal menjadi satu-satunya syarikat Bumiputera pertama yang menghasilkan produk berasaskan daging secara halal.Ini kerana saya melihat industri ini mempunyai potensi yang besar untuk pergi jauh,tambahan lagi pasaran yang sedia ada kini banyak dimonopoli oleh pengusaha berbangsa asing,"katanya lagi.
      Katanya,dia juga bercadang menjadikan syarikatnya sebagai hub halal pertama dalam membekalkan daging arnab secara mentah atau siap diproses sebagai produk makanan di luar negara pada masa hadapan.
    "Saya sentiasa mengkaji dan meluangkan masa untuk meninjau pasaran sekitar Asia bagi mengetahui perkembangan berkaitan produk ini.Di sesetengah negara,daging arnab menjadi kebiasaan kerana mereka tahu keenakkan dan juga khasiatnya.
     Malah permintaan sentiasa ada cuma yang kita tidak tahu cara pemprosesannya saja sama ada secara halal ataupun tidak.Jadi tidak mustahil jika 1SRFT boleh menjadi satu-satunya pengeluar berasaskan daging arnab secara halal bukan saja dalam negar tetapi juga di negara Asia.
      Sebab itu juga saya mahu mengikis perspektif negatif kebanyakan masyarakat di negara ini yang tidak gemar atau 'geli' hendak memakan daging arnab ini.Sebenarnya mereka tidak tahu yang daging arnab lebih berkhasiat daripada haiwan ternakan lain.Selain sedap dipanggang,ianya juga sedap jika dijadikan sebagai rendang dan juga gulai,"katanya lagi.
     Jika pada awal pembabitannya dahulu Ismail hanya mempunyai empat jenis baka arnab,tetapi kini baka arnab yang ada melebihi 11 jenis iaitu enam jenis baka pedaging manakala yang lainnya merupakan baka hiasan.
     Baka arnab terbabit yang diimport dari negara luar antaranya dari jenis New Zealand White,US,Holland,Perancis,Australia,Californis white dan baka jenis hiasan pula antaranya ialah Teddy Toy,Teddy Bear,Anggora,Hotot,Holland Lop,French Lop dan sebagainya.

___________________________________________________________________________________
UTUSAN ONLINE
ARKIB : 10/01/2011

Taman Arnab di Zoo Johor tarik lebih ramai pengunjung




On Jabbar bersama kanak-kanak bermain dengan arnab di Taman Arnab di Zoo Johor, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 9 Jan. - Bersempena Tahun Arnab mengikut zodiak kalendar kaum Cina pada tahun ini, Zoo Johor di sini mengambil langkah proaktif membuka sebuah taman arnab untuk menarik lebih ramai pengunjung.
Ketua Penolong Setiausaha Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri, On Jabbar @ Jaafar berkata, sejumlah 50 ekor arnab pelbagai baka termasuk New Zealand White, Californian, Carolina dan Lionhead merupakan tarikan terbaru di zoo tersebut.
Beliau berkata, matlamat utama pembukaan taman arnab di atas tanah berkeluasan 278.7 meter persegi itu adalah untuk memberi peluang kepada pengunjung terutama kanak-kanak untuk bermesra dengan haiwan itu.
"Pembukaan taman itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak zoo untuk mewujudkan sebuah kawasan interaktif terutama di kalangan pengunjung dengan haiwan.
"Pengunjung akan bosan sekiranya datang ke sini sekadar untuk melihat haiwan. Saya percaya, dengan pendekatan seperti ini orang ramai akan lebih tertarik untuk ke sini," katanya selepas merasmikan taman arnab berkenaan di Zoo Johor, di sini hari ini.
On berkata, pengunjung yang berminat untuk memasuki taman itu akan dikenakan bayaran tambahan RM1 dan mereka juga diberi kebenaran untuk memberi makanan kepada arnab yang ada di situ.
"Bayaran tambahan itu bukan untuk tujuan mengambil untung, sebaliknya ia adalah bayaran untuk membeli makanan serta ubatan untuk arnab yang ada di taman itu," katanya.

___________________________________________________________________________________
BERITA HARIAN

Tahun Arnab untuk pereka
Oleh Salina Abdullah

2011/01/26

MEMERIAHKAN sambutan Tahun Baru Cina kali ini, Esprit tidak ketinggalan memeriahkan Tahun Arnab dengan mengiktiraf pereka menerusi penganjuran pertandingan kemeja-T arnab 2011.

Sebanyak 3,322 penyertaan diterima dari seluruh Asia, termasuk Hong Kong, Chine, Taiwan, Singapura dan Malaysia dengan 176 penyertaan, dengan satu sasaran, rekaan terpilih akan dipasarkan menjelang Tahun Baru Cina tahun ini.
Akhirnya, 12 rekaan terpilih daripada 12 pemenang dan lebih membanggakan, enam daripadanya adalah dari negara ini. Mereka ialah Leong Tam Tai, Nichole Chong, Shazlin Jalil, Lee Rong Xuan, Jenny Ang dan Chong Wei Quan. Selebihnya, dari Taiwan (tiga), China (dua) dan seorang dari Hong Kong.
Semua pemenang menerima kad hadiah Esprit bernilai RM2,000 setiap seorang dan rekaan mereka dipasarkan di rangkaian Esprit di Hong Kong, China, Taiwan, Singapura dan Malaysia, bermula 7 Januari pada harga antara RM69.90 dan RM99.90 sehelai.

Tahun Arnab

ARNAB adalah haiwan keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Mereka yang dilahirkan pada tahun arnab dikatakan seorang yang gembira, berbakat, senang didampingi, rendah diri, tidak sombong, tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan.

Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka adalah teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain.
Masyarakat Cina percaya tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan pada tahun arnab. Segala yang dirancang, jika direncana dengan baik akan memberi hasil yang menakjubkan. Jika anda menceburi bidang perniagaan, pengeluaran, ia adalah tahun yang amat baik untuk mengembangkan perniagaan dan mengaut keuntungan.

Namun, masyarakat Cina juga percaya. mereka ini perlu berhati-hati dan tidak terlalu menurut kehendak serta berlengah. 

___________________________________________________________________________________

THE STAR

Sunday January 16, 2011

Year of the rabbit stew

By HUANG LIJIE

SINGAPORE: They are cute, they are furry and they make great pets. But more and more people here are looking to get their hands on a rabbit for a different reason – they love the taste.
Rabbit meat imports have doubled, from 1.5 tonnes in 2009 to three tonnes last year. And as the Year of the Rabbit rolls around, restaurants are hopping on the bandwagon by serving the trendy meat prized for its tender, delicate flavour.
One of them is Chinese restaurant Szechuan Court at Fairmont Singapore, which is offering a spicy rabbit meat stew for Chinese New Year from this week. Priced at S$198 (RM470) for six people, it also includes top-grade ingredients such as smoked abalone and fish maw.
The restaurant’s head chef, Sebastian Goh, said: “This being the Year of the Rabbit, I thought it would be a good opportunity to introduce rabbit meat to diners because it is seldom featured in Chinese cuisine here.”
Goh acknowledged that “few people here view rabbit as food”, so he offers guests the option of substituting the rabbit with chicken.
He was inspired to come up with the rabbit dish after travelling to China last year, where the meat is used in many dishes such as braises and stir-fries.
In traditional Chinese medicine, rabbit meat is believed to aid digestion, said Joanna Liew, an assistant physician at Bao Zhong Tang TCM Centre.
The new Salt grill restaurant at Ion Orchard also serves rabbit – a lobster ceviche with rabbit loin, and confit rabbit cigars. A spokesman said the rabbit dishes offer “something different” to the local dining scene.
Although rabbit is not commonly served in eateries here, some Italian restaurants like Trattoria L’Ancora in Bukit Timah Road offer it because braised rabbit meat pasta is a traditional Italian dish.
Stephane Colleoni, owner of Italian restaurant Oso in Bukit Pasoh Road, said: “Ten years ago, it was mostly foreigners who ordered our rabbit pasta, but now more Singaporeans are eating it.”
Sales executive Tommy Pang, 42, became a fan after he tried the rabbit meat pasta, out of curiosity, at Italian restaurant Tavolo in Millenia Walk last year.
He said: “Call me a barbarian but I must have the rabbit meat pasta at least twice a month. The meat is so tender, it melts in your mouth.”
Rabbit meat is not sold in supermarkets but gourmet butcher Swiss Butchery, which has outlets in Bukit Timah and Tanglin Road, sells it on special request.
But some diners who keep rabbits as pets are repulsed by the thought of chomping on their cute companion.
Rabbit owner Daphne Yuan, 26, said: “I would not eat rabbit meat because I associate rabbits with cute furry animals that are not meant to be eaten.”
The House Rabbit Society of Singapore has called on diners to boycott rabbit meat because it believes the animals are bred under “cruel conditions” for food.(rasanya statement ni kurang tepat.Kenapa nak boikot daging arnab,sedangkan x semua pengusaha ladang ternakan arnab mengabaikan keadaan ladang mereka ^v^)
A spokesman for the Agri-Food and Veterinary Authority, which oversees food safety issues here, said the rabbit meat Singapore imports comes from the United States and complies with the agency’s animal health and food safety requirements.
Deirdre Moss, executive director of the Society for the Prevention of Cruelty to Animals, said: “Promoting the eating of rabbit meat in the Year of the Rabbit appears to be a marketing ploy.”
But feng shui master Tong Noong Chin feels it is better to avoid eating rabbit this year, in case one offends Tai Shui, the deity governing the Rabbit Year.
Wine importer Josephine Chua, 43, is not going to stop eating rabbit meat this year though. She said: “Rabbit is a delicacy and if a restaurant cooks it well, I will order it.”





Utusan Malaysia - Isnin, 4 Julai 2011..

Cubaan ternak arnab berjaya



Mohd. Ismail Padzil menunjukkan pelbagai spesies arnab ternakannya.


BIASANYA minat, pengalaman dan galakan keluarga menjadi tunjang atas kejayaan seseorang. Tetapi berlainan pula dengan Pengarah Urusan One Stop Rabbit Farm & Trading (1SRFT), Mohd. Ismail Padzil kerana bosan duduk di rumah selepas bersara daripada perkhidmatan swasta mendorongnya mengintai peluang perniagaan yang ada.
“Sebelum bersara daripada sektor swasta, saya tidak pernah merancang melakukan apa-apa.
“Tapi disebabkan tidak betah duduk di rumah saya menghadiri pelbagai kursus perniagaan dan penternakan termasuk melawat ladang ikan, ayam, kambing, lembu dan arnab,” katanya semasa ditemui di ladang arnab miliknya di Bukit Badong, Kuala Selangor baru-baru ini.
Memang pada mulanya projek ternakan terutama arnab tidak pernah terlintas di fikirannya.
Bagaimanapun projek ternakan yang tidak digemarinya satu ketika dulu, kini menjadi perniagaan yang amat disukai.
“Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta, kerana kini saya dapati ternakan arnab mempunyai banyak ruang untuk diisi,” katanya.
Dia kini aktif dalam projek membiakkan pelbagai baka arnab bagi bekalan daging secara komersial selain sebagai haiwan peliharaan.
Selepas mengunjungi beberapa ladang ternakan arnab, Mohd. Ismail memulakan projek tersebut dengan membeli 40 ekor arnab pada tahun lalu.
Kini setelah lebih setahun, dia mempunyai lebih 3,000 ekor arnab pelbagai jenis termasuk pedaging dan arnab hiasan di tanah seluas tiga ekar milik keluarganya.
Mohd. Ismail juga rajin menghadiri beberapa kursus dan bengkel memilih arnab. Ini kerana haiwan berkenaan mudah diternak dan tempoh pembiakannya cepat berbanding haiwan lain.
Saiz arnab yang kecil membolehkannya dibiakkan di kawasan sangkar tanpa kawasan yang besar memudahkan pengurusan ternakan.
Selain itu beliau dapati tidak ramai penternak menternak arnab secara komersial walaupun permintaan terhadap daging arnab adalah tinggi.
“Lima bulan pertama saya di dalam ternakan arnab, saya dapati terdapat permintaan yang tinggi bagi daging arnab.
“Tambahan pula tidak ramai penternak arnab komersial terutama golongan Bumiputera menyebabkan saya semakin serius dalam ternakan arnab,” katanya.
Apabila ternakannya mencecah angka 400 ekor dalam tempoh enam bulan pertama, Ismail terus membeli baka baru seperti baka pedaging dan hiasan.
Jika pada peringkat permulaan, Ismail hanya mempunyai empat jenis baka arnab tetapi kini belia memiliki lebih 10 baka arnab termasuk pedaging dan hiasan.
Bercerita mengenai cabaran dalam ternakan arnab, Ismail mengakui arnab mudah dijangkiti dengan pelbagai penyakit terutama kudis.
“Bagi mengatasi masalah berkenaan, Ismail terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi membuat sangkar tambahan serta ubat-ubatan.
“Arnab sensitif dan senang berjangkit dan terpaksa dikuarantin bagi mengelakkan merebak ke ternakan lain,” katanya.
Ismail berkata selepas enam bulan bergiat dalam ternakan arnab, beliau sudah mula serasi dan berjaya menyelesaikan masalah kesihatan sehingga bilangan arnab mencapai 1,000 ekor.
Melihat kepada perkembangan pesat ternakan arnab, Mohd. Ismail mengambil keputusan membangunkan syarikat yang mengeluarkan produk arnab secara komersial.
Ismail mendaftarkan syarikat 1SRFT pada 9 September 2009.
Selepas hampir dua tahun terbabit dalam projek penternakan arnab, dia kini mampu tersenyum dengan memiliki 3,00 ekor.
“Seekor arnab dijual mengikut kadar harga berbeza bergantung kepada jenis baka arnab.
“Biasanya arnab peliharaan dijual pada harga bermula RM100 manakala arnab pedaging pula dijual pada harga RM38 sekilogram,” katanya.
Bagi memberikan yang terbaik bagi pelanggan, Mohd. Ismail mempunyai rumah sembelih halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Ini bagi memastikan pelanggan mendapat daging arnab yang disembelih secara halal,” katanya.
Dia yang sentiasa memantau industri arnab mendapati, ternakan berkenaan mempunyai pasaran yang luas.
Malah katanya, bukan saja daging arnab mendapat permintaan yang tinggi, malah kulit arnab memikat pembeli dari luar negara.
“Buat masa ini saya berharap dapat mengedarkan daging arnab halal bukan saja ke seluruh negara tetapi juga ke luar negara.
“Kami memberi lebih perhatian kepada aktiviti penjualan baka kepada penternak dan peminat arnab, menjual daging segar kepada orang tengah dan pembuat sate,” katanya.
Selain menjual arnab daging dan hiasan, Ismail juga membuka zoo mini Taman Arnab Bukit Badong bagi menempatkan arnab serta beberapa haiwan seperti kuda, burung merak, monyet, ayam mutiara dan pelbagai jenis ikan.
“Taman Arnab Bukit Badong biasanya dikunjungi oleh pelawat sekitar Kuala Selangor terutama kanak-kanak sekolah dan tadika.
“Di sini mereka boleh bermain dan memberi makan arnab yang dilepaskan di kawasan terbuka,” katanya.
Tidak menoleh ke belakang, Ismail merancang membina restoran berasaskan daging arnab sebagai satu ciri keistimewaan.
Bagi merealisasikannya, Ismail telah mula menanam pelbagai jenis sayuran kampung yang biasa digunakan dalam masakan.
“Saya mahu mengikis perspektif negatif kebanyakan masyarakat di negara ini yang tidak gemar atau 'geli' hendak memakan daging arnab ini.
“Sebenarnya mereka tidak tahu yang daging arnab lebih berkhasiat daripada haiwan ternakan lain dengan dipanggang, daging arnab enak dimasak rendang, kari atau gulai," katanya lagi.




HARIAN METRO, Sabtu 30 Jun 2012
Spektrum Intan Nur Elliana Zakaria

TAMAN ARNAB BUKIT BADONG



will be updated...:)

3 comments:

  1. Assalamualaikom. Tuan Haji, saya nak mula pelihara arnab pedaging dengan permulaan 2 jantan dan 20 betina, umur anggaran 5 bulan, berapa harga termurah? Harap respon dengan segera. Beri komen/panduan atau pandangan tuan Haji. Terima kasih tuan Haji.

    ReplyDelete
  2. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ.
    En..sy nk tanya sdikit soalan..sy ade membela arnab jenis EA dan angora...jumlah arnab dlam 20 ekor..tp skarang hanya tinggal 6 ekor..bermula seekor mati dan selang beberapa hri saja yg lain akan trut mati stu prstu...sdangkan sy mmberi mkanan yg d beli dri ladang en trmasuk vitamin..pnjagaan juga sy bg yg trbaik..kenapa boleh jd bgini ye..?perlu ke sy membawa arnab ke ladang en untk d suntik kan ubat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih utk soalan itu.apa ciri-ciri penyakit/simptom arnab-arnab tu sebelum dia mati?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...