JUMPA KAMI DI MAHA 2012!

RESEPI DAGING ARNAB

RESEPI DAGING ARNAB BBQ

Masa memasak: 40-50 minit

Hidangan 5-6 orang

Bahan-bahan:

2 ekor daging arnab- dipotong ikut selera masing-masing 
1 cawan minyak masak
1/4 cawan cuka 
1/4 cawan madu
4 sudu makan sos barbeku (ni ader kat mini market.AntuArnab selalu pkai jenama LIFE) 
5 sudu makan sos tomato - ni sukati u all nak letak ke x nak (LIFE jugak)
15 biji bawang merah - dikisar (untuk kasi naik bau dier)
10 ulas bawang putih - dikisar
1/4 black pepper
Jus daripada 1/2 lemon
Lemon - diparut kulitnya
Gula & garam secukup rasa.

Cara-cara memasak:

Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali daging arnab dan tuangkan di atas kuali yg sederhana panas.Kacau kasi sebati dan reneh secara api perlahan selama 20 minit.Kacau secara kerap.Letakkan daging arnab yg dh dipotong (AntuArnab lebih suka daging arnab tu dipotong lima bahagian je) atas gril yg separa panas,dan sapukan/ratakan/salutkan daging arnab tu dgn sos yg dh dibuat sebelum ni setiap 5-7 minit sampai sos tu habis dan jgn lupa balik-balikkan daging tu.kalau x hangut laaa..Rasanya dlm 40-45 minit dh masak la arnab tu.Kesimpulannya,kesedapan daging arnab bbq ni bergantung pada ketereran tkg masak membuat SOS tersebut...Sekian,selamat mencuba! 


CREDIT TO:http://resepiarnab.blogspot.com/

 

SUP KEPALA ARNAB

(AntuArnab bagi resipi je..tp,x pernah cuba.U all boleh lah cuba,then tell me how was the soup, does it taste good or not?)

Selalunya kepala arnab (yang sudah disembelih) akan dibuang sahaja. Tetapi, di restoran eksotik di salah satu wilayah di China menggunakan kepala arnab dalam masakan mereka. Kepala arnab juga dikatakan berkhasiat untuk melegakan Demam Malaria (Buku 1001 Petua Orang Lama). Jadi, pada hari ni saya memberikan resepi 'Sup Kepala Arnab'

Bahan-Bahan:
1 kepala arnab (bagi orang Islam, pastikan arnab itu sudah disembelih mengikut syara')
Garam & lada sulah secukup rasa
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 cawan air
250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar :
2.5 cm Halia
2 labu bawang merah
8 biji bawang putih

Untuk Hiasan :
Bawang Goreng
Daun bawang dicincang
Daun sup yang dicincang

Cara Memasak:

Buang kulit, bersihkan dan belah (potong) dua kepala tersebut sehingga nampak otaknya. Kemudian ketepikan. Masukkan air dalam periuk. Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit masukkan bahan yang dikisar. Goreng hingga layu. Besarkan api. Masukkan kepala arnab & bahan perasa selebihnya. Rebus sehingga rata kuningnya, kemudian kecilkan api. Masukkan air, ubi kentang & garam. Didihkan perlahan-lahan hingga kepala arnab & ubi kentang empuk. Padamkan api itu. Sesuaikan rasanya & isikan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan. Taburkan atasnya dengan bawang goreng, daun bawang & daun sup. Boleh di minum sahaja atau makan dengan nasi. Sangat sesuai untuk mereka yang demam (malaria) dan rasa lemah badan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...